Permata Hati, Penyejuk Jiwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 
^______________^

Alhamdulillah berjaya juga mengadap blog hari ni
berbulan-bulan menulis di hati *eceh*
kononnye nanti nak tulis kat blog

nanti-nanti, hah... akhirnya semua ternanti-nanti
Maka..ini kalilah baru berjaya
Hehehe
-------------------------------------------------------------
Mari kenal dengan ciptaan Allah
yang diberi nama
~Amir Mujahid bin Mohd Azami~

Berat Lahir: 2.75kg
Panjang: 49cm

Permata hati, penyejuk jiwa Abi dan Umi
-------------------------------------------------------------

Mari cerita sedikit kronologi kelahiran beliau:

30 Ogos 2014 - Menghadiri walimah classmate yang bijak bestari Cik Puan Hanis dan pasangan cecintunnya Incik Boban Masdar. Berjumpalah juga dengan si darah manis Ezzah dan bakal-bakal mommy Dira dan Nana. Setelah mengenyangkan perut yang sarat, Big Bos mengajak berjalan-jalan pusing salah satu mall di Bangi. Setiap tingkat kami terjah dengan harapan, baby bagi sign nak keluar sebelum di'induce'. Alhamdulillah, malam harinya turun tanda darah. Excitednye!!!

31 Ogos 2014 - Bangun-bangun subuh, pinggang dah tak selesa. Contraction very mild, kadang-kadang dan masih tak constant. Sambil-sambil tengok sambutan hari kemerdekaan, download la contraction calculator. Tapi macam penat nak record. Huuhuhu. Akhirnya, layankan je contractionnya. Mak dan adik-adik pun da ondaway. Macam tau tau je mak cucu nak keluar.  Hehehe. Tym Asar, contraction dah kuat. Semua da risau. Tapi since rasa boleh tahan lagi dan belum berselang 5 minit, mari makan dengan gembira dan jalan pusing-pusing rumah untuk cepatkan bukaan. Decide nak serah diri kat HUKM lepas Isyak so dat nanti dah takyah risau pasal solat dah.

Sampai HUKM, doc pecahkan air ketuban dan ditolak masuk Labour Room jam 11pm. Salin baju, cucuk ubat untuk kosongkan perut, bertapa di toilet hampir setengah jam then dipasang alat CTG dan cucuk ditangan untuk prepare masuk air.

1 September 2014 - Alamak..tak sempat jadi baby merdeka laaaa!! hehehe. *sempat lagi* Padahal episod seram menahan contraction yang kuat amat dan tak tertahan baru bermula. MasyaAllah, sungguh tak tertahan. Menangis tak keluar air mata. Alhamdulillah Big Bos sentiasa di sisi mengingatkan untuk terus bernafas dengan teknik yang betul, ingat Allah, baca doa Nabi Yunus dan zikir. Kalau tak..teknik bernafas entah kemana-mana tah. Nak bersuara pun tak mampu. Hanya menatap pada graf yang turun naik serta berharap semuanya akan segera berakhir.

Jam 1am, nurse bagi green light untuk teran. Permulaan yang bagus, pertengahan yang kureng (teran kat muka sampai naik bintik-bintik merah macam ruam), "nampak da kepala" kata Big Bos, zapppp (digunting), lagi..lagi..jangan stop dik. Sambung terannn.whoose..keluar kepala. Terus teran dik, jangan macam ni. Tarik nafas...teraaaannnnnnnn. Whoose..akhirnya jam 1.35am, baby keluar keseluruhannya. 

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah. 
Nurse tunjuk baby, potong tali pusat, sedut cecair-cecair, diletakkan didada dan kemudiannya dibawa keluar untuk dibersihkan. Big Bos pun keluar sekali untuk azan dan iqamatkan baby. Setelah episiotomi berakhir, keletihan dan kesakitan dipujuk dengan segelas milo, sebungkus biskut, seorang baby yang sihat dan sewajah ceria seorang suami. *bahagia*
-------------------------------------------------------------

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
Allah tunaikan doa ana dan mereka2 yang mendoakan *terima kasih*
1. Dipermudahkan urusan bersalin
2. Bersalin sebelum di'induce'
3. Ibu dan Baby sihat
4. Lahir secara normal
5. Baby lahir masa cuti kemerdekaan
6. Takde student praktikal
7. Nurse dan Doktor yang bertugas perempuan semuanya
8. Aurat terpelihara dari pandangan ajnabi
9. Solat terjaga

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah
pengalaman bersalin yang menginsafkan diri
*Hargailah ibu-ibu dan isteri-isteri kalian yeppp*
-------------------------------------------------------------


3/9/2014 - Detect kuning, rujuk Hospital Serdang dan disuruh datang cek darah semula di Klinik Kesihatan keesokan harinya.
5/9/2014 - Cek darah semula di Klinik Kesihatan Lanchang. Bilirubin tinggi dan terus dihantar ke Hospital Temerloh dengan Ambulance. Nee Noo Nee Nooo *melambung-lambung ibu dan anak. di dalamnya. Huhuhu*
8/9/2014 - Discharge. Alhamdulillah. 
------------------------------------------------------------

Kini Mujahid sudah 2 bulan 14 hari
Masih dan sentiasa melalui sesi taaruf dengan Abi dan Umi
Berkembang dan membesar
Moga kelak jadi anak soleh ye sayang
^^
Terima kasih Allah

         

37 Minggu dan 3 Hari

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

1. Masih diberi ilham untuk menulis blog walau jarak entry hampir sebulan lamanya
2. Masih diberi kesihatan dan kekuatan oleh Allah untuk menjalani rutin sebagai hambaNya
3. Masih diberi peluang mengumpul pahala sebagai suri di hati suami *ecece*
4. Masih diberi peluang menziarahi sahabat handai dan saudara mara meraikan kemeriahan syawal
5. Masih diberi kebahagian mengandungkan seorang hamba Allah yang memasuki 261 hari @ 37 minggu 3 hari
-----

37 Minggu

Awal mengandung, macam tak percaya diberi peluang mengandung. Kehebatan Allah menjadikan manusia di dalam rahim yang kecil kemudian membesar..membesar dan terus membesar bagaikan mimpi. Tup..tup..da masuk 37 minggu. Kalau di tanya dalam bulan..mesti la dah 9 bulan kan. Wohaaaa..Tunggu masa je ni untuk berjuang di dalam labour room melahirkan permata hati abi dan umi.

Perasaan?? Opkos terasa debarannya. Debaran menunggu tanda-tanda anak umi nak menjengah ke dunia. Big Bos pun begitu. Berdebar nak tinggalkan isteri tercinta untuk pergi bekerja.

Kisah Big Bos dan Sn part 1 (Tiru hamka kereta mayat =P)

Bb: Apa no telefon bomba ea? 994 kan?
Sn: Abang nak buat apa telefon bomba?
Bb: Nanti bila sayang dah sakit nak bersalin, abang telefon bomba untuk angkat sayang dari tingkat 6 ni. Lift kan rosak.

wohaaa!

Sn: Rilex la abang. Sayang boleh turun tangga sendiri. Masa sakit berhenti la kejap..then sambung jalan lagi. Kan bagus untuk cepatkan bukaan.
Bb: Bila sayang dah sakit, confirm abang cuak sangat.
Sn: Abang jangan cuak-cuak. Kene bagi semangat kat sayang. 'Sayang..boleh. Sayang..boleh'. Ala pom pom boy gittew. Hahahaha

=)

Seriously kami berdua tak dapat nak bayangkan macammana situasinya nanti bila ana dah sakit bersalin. Belajar dari pembacaan pengalaman-pengalaman orang lain je. Hah..masa ni, suami kene mainkan peranan penting. Kene steady tenang. Bagi semangat kat isteri. Isteri pun jangan terover gelabah, nanti suami ikut gelabah. Hehe.

Bakal-bakal ibu pun jangan cuak sangat nak bersalin. Cuba motivasikan diri dengan perkara-perkara positif dan yakin dengan kemampuan diri. Allah jadikan wanita ni, istimewa untuk melahirkan anak. Secara semulajadinya badan wanita akan berubah ubah sebagai persediaan untuk bersalin. Sakit kontraksi tu pun Allah jadikan seiring dengan bukaan untuk laluan bayi keluar.


Dikesempatan ini, ana ingin memohon maaf atas segala silap dan salah yang pernah ana lakukan sepanjang ana mengenali kalian dan kalian mengenali ana. Harapnya tidak ada yang menyimpan dendam, iri hati, tidak puas hati mahupun amarah terhadap tindak tanduk perbuatan dan percakapan ana selama ini. Andai ana pernah berhutang dengan sesiapa, mohon tuntutlah hutang tersebut dari ana atau suami. Doakan ana dipermudahkan Allah dalam perjuangan melahirkan zuriat, aurat dan solat terjaga serta diberi kesihatan yang baik buat ana dan bayi. Andai 25 tahun ini, pengakhiran hidup ana, redhailah dan halalkan segala apa yang telah diberi.

Terima Kasih Allah untuk segalanya.

Kuih Raya tanpa oven atau tanpa bakar

Semalam Big Boss sudah bertanya "Bila nak buat kuih raya?"
Kuih batang buruk pemberian K.Lin dikunyahnya tanpa henti
Kelihatan si suami sungguh teruja mahu menolong si isteri membuat kuih raya
Mahu buat ole-ole untuk Mak Ayah dan Abi Umi katanya

Selepas tutup kedai #jualansampulraya secara rasmi
Si isteri memang sudah berkira-kira mahu membuat kuih raya
Dah google beberapa resepi kuih raya
Kuih raya yang simple2 je la
Kuih raya tanpa oven / tanpa bakar
(belum mahu membeli oven kerana risau pindah randah rumah memerlukan lori trailler)

Oleh kerana merasakan sharing itu caring
Ana pun nak share la hasil 'google'an
Khas untuk rujukan para isteri mahupun anak dara yang rajin
5 resepi biskut, 5 resepi kek
Boleh klik link pada nama biskut/kek untuk resepi ye
Ana tak try semua resepi ni lagi
Cadang nak buat 2 je esok. hehehehe
(Poyo je letak banyak2 resepi ni)

Aneka Kuih Raya tanpa menggunakan OVEN !!!










________________________________________________________________

Dibawah ini pula untuk aneka kek tanpa menggunakan OVEN!! Nyum Nyum =)











Okes. Syukran Jazilan.
Sesiapa ada cadangan biskut/kek lain tanpa Oven / tanpa bakar membakar rumah boleh la tinggalkan komen ye. Sharing is caring kan =)

Muhasabah akhir Ramadhan


Assalamualaikum w.t.b

Alhamdulillah kita sudah memasuki hari-hari terakhir Ramadhan
Saat-saat akhir ni..mulalah proses memuhasabah diri
Ramadhan sudah mahu mengundurkan diri 
Tapi masih banyak azam Ramadhan yang belum tertunai
T_________T
*Sedih dengan diri sendiri*

And I keep remind myself, dunia sedang sakit
Dunia serta isi-isinya
Isu kemanusiaan, peperangan, pencemaran, budaya, akhlak dan sosial
Dunia ini sedang sakit
Jiwa-jiwa kita juga sakit
Hati-hati kita juga sakit
Sakit cintakan dunia

*Allahurabbi*



‪#‎wakeuptheummah‬
‪#‎pray for gaza #‎PrayForHumanity‬#‎Istighfar‬
‪#‎ImproveSelfAwareness‬
‪#‎BackToAllah‬

Sampul Duit Raya Eksklusif 2014: Murah dan Termurah!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SAMPUL DUIT RAYA EKSKLUSIF 2014
kini kembali ^^
(Kedai Officially closed)

*Design yang menarik dan eksklusif khas untuk anda dan peminat JDT
*Pelbagai pilihan design (12 Design)
*Print di atas kertas Gloss Artpaper yang berkualiti
*Saiz sampul yang panjang tanpa melipat duit anda
*Harga murah dan termurah di pasaran
*Order sekarang sebelum 13 Julai 2014.
18 Julai 2014 (12 malam)


Kedai Officially closed

_______________________________________________

Update 19/7/2014


1. Last Call...
Hari raya dah nak dekat.
Peluang buat duit raya dengan jual sampul JDT

 Tak perlu modal
 Ambil dulu > Jual > Baru bayar
 Tiada risiko rugi
 Ready stok
 Boleh ambil di area Larkin



2. Bagi yang masih ingin membeli sampul raya sedia ada (check stok dibawah)

 23 Julai 2014, 12 Tengahari
 Ready stok
 Cash on delivery (COD) area Larkin
 Harga Promosi RM2.00 SAHAJA per set (min 5 set)
_____________________________________________



23/07/2014 (SAMPUL EKSKLUSIF)
---------------------------------------------------
1• NOKIA : HABIS
2• CADBURY : HABIS
3• S5 : HABIS
4• IPHONE : HABIS
5• NIKON : HABIS
6• CANDY : HABIS
7• KITKAT : HABIS

* Semua baki adalah anggaran kasar sahaja.


23/07/2014 (SAMPUL JDT)
---------------------------------------
1• HOME : 700 paket
2• THIRD : 700 paket
3• LORENG : 700 paket
4• PIRATE : 500 paket
5• CAPTAIN : 1400 paket
* Semua baki adalah anggaran kasar sahaja.

 Sampul Raya Eksklusif 2014 ~ Sedia ada stok untuk di pos bermula 9 Jun 2014

 Sampul Raya JDT 2014 ~ 5 Design menarik dan terhangat

Nikon n Candy ~ Out Of Stock


Refer pada code di dalam gambar untuk order ye ^^
Untuk lebih jelas --> Gambar Sampul Raya

*1 set mengandungi 5 keping sampul 

Harga Semenanjung:

1 -  10 set : RM2.40/set + shipping kos RM6.00
11 - 20 set : RM2.35/set + shipping kos RM6.00
21 - 40 set : RM2.35/set + shipping kos RM9.00
41 - 100 set : RM2.30/set + shipping kos RM13.00
101 - 200 set : RM2.20/set + shipping kos RM20.00

Harga Sarawak:

  1- 199 set : RM2.30/set + shipping kos RM25.00
 200++ set : RM2.20/set + shipping kos RM62.00

Harga Sabah:

  1- 199 set : RM2.30/set + shipping kos RM28.00
 200++ set : RM2.20/set + shipping kos RM72.00

*Jika berminat untuk harga borong, pembelian haruslah melebihi 750 set mengikut terma dan syarat.
(Percuma Kos Penghantaran dan Bunting Promosi x 2 unit)
---------------------------------------------------------------------------------------------------


Ingin custom made Sampul Duit Raya anda?
(Tambah gambar/logo/nama syarikat)

1250kpg / 250set = RM425.00
2500kpg / 500set = RM600.00
5000kpg / 1000set = RM820.00
*1 set mengandungi 5 keping sampul 

- Saiz: 154mm x 79.5mm (sampul panjang, tak perlu lipat duit raya)
- Kertas berkualiti: Gloss Artpaper 130gsm
- Harga design percuma jika design daripada 20 template kami
- Penghantaran percuma ke semenanjung Malaysia
- 10 hari bekerja untuk proses printing dan 1 hari penghantaran
- Tarikh tutup tempahan pada 11 Julai 2014
(Kedai tutup sudah~)


---------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebarang persoalan dan order boleh melalui:
1. Pm di Facebook --> Sayyidah Nafisah
2. Email --> snaffisah@gmail.com
3. WeChat/SMS --> 0137927940
4. Wassup --> 0192279392
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Jazakallah

Kek Batik versi apa adanya

Ahad yang indah bila Big Bos bercerita tentang kek batik yang Iza (Adik beliau) selalu buat. Selaku kaum bakal ibu yang kehilangan selera untuk menjamah makanan, idea sebegitu menerbitkan keinginan untuk makan. Lalu bertanyakan pakcik google resepi kek batik.

******
Kek Batik Coklat
Resepi Asal: Mylla@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin-hasue guna marjerin puteri,jadi kek tak mudah lembik
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya

Cara-cara

  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau (guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
  4. Setelah pekat (membentuk kerak halus), padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang (lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk) lapis ngan adunan coklat, susu biskut meri lagi, sendukkan adunan coklat. Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
  6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...
******
Setelah menimbang tara, resepi ini diubah suai mengikut bahan-bahan yang sedia ada di dapur (ana ketiadaan serbuk koko, lalu digantikan dengan coklat masakan). Kemudian, ana letakkan hasil yang tidak mengikut sukatan asal (nak buat sikit je) ke dalam mangkuk-mangkuk kecil (hadiah kawen =P) untuk memudahkan kami suami isteri memakannya dengan nikmat sampai termimpi-mimpi.

Nak cukup-cukupkan mangkuk comel ini


Hasil air tangan Sn. 

Atas kek tu ana hias dengan cornflakes yang dah berapa minggu tak habis-habis makan. Dihancurkan pakai tangan untuk tekstur yang menarik (konon). Disebabkan hanya ada 6 biji mangkuk, bakal ibu menghabiskan 4 biji mangkuk disaat Big Bos keluar bekerja dan lagi 2 dimakan beliau setelah pulang bekerja jam 2 pagi (beliau kene tunggu konkrit selesai). Adil bukan? Ummi -2, Abi -2, Baby -2. Hehehe. Total semuanya 6. Ok sekian. Selamat mencuba ^^

Bulatan 3

Jiwa Ayna semakin kosong. Malah makin banyak pula masalah yang berkunjung tiba. Ayna lelah.
tak cukup dengan kerja, diuji pula dengan sahabat. Ayna perlukan masa untuk bersendirian dan mencari ketenangan.

Handset Nokia 1202 dicapai dan folder draft dibuka. Ya ada satu sms yang telah lama disimpan di dalam draft tersebut. Hampir 3 minggu.

'Ika, boleh tolong Ayna x? Ayna nak join usrah macam Ika tapi Ayna tak tahu macam mana.'

Lama Ayna merenung sms tersebut dan akhirnya butang send ditekan.

Bismillahirrahmanirrahim...

"Kak Ayna kan? Nama saya Rizqiah dan ini Huda." Mereka memperkenalkan diri mereka sebelum usrah bermula. Ahli-ahli usrah lain juga memperkenalkan diri. Rizqiah dan Huda pelajar tahun dua dan yang lain tahun satu. Eheh malu juga rasanya sebab Ayna paling tua di situ. Tetapi Ayna ikhlaskan diri. Niatnya mahu berukhuwah dan menambah ilmu kerana Allah. Semoga dipermudahkan..

Alhamdulillah kini Ayna sudah bergelar ahli usrah. Mula-mula agak kekok sebab ahli usrah semuanya muda-muda tapi diorang tak kisah malah ayna terasa macam sebaya dengan mereka pula. Ada yang pandai mengaji, dengan alunan merdu. Ayna cuma biasa-biasa je tapi mereka bantu. Bila Ayna tanya soalan kemusyikilan agama yang remeh-remeh je, semua tak lokek berkongsi idea dan bercerita.

Syukur,
Masalah masih ada, cuma jiwa tidak se'lelah' dulu.
Semoga semuanya nampak mudah.

Eni entry tajuk bulatan yang terakhir mungkin. :)
Terima kasih baca.

-Krew SN.

Bulatan 2

Kali ini Ayna berjemaah di surau kolej pula..

Pandangan nya masih tertumpu kepada kumpulan usrah di suatu sudut sana.

Usai melipat telekung, Ayna mengambil tempat hampir dengan bulatan segitiga usrah tersebut (Segitiga sebab ada 3 orang sahaja). Jarak Ayna dengan usrah tersebut hanya lah satu langkah.

Sambil menyelak majalah Anis dan Sinergi yang ada di situ, Ayna mencuri dengar pengisian usrah mereka iaitu mengenai makna surah Al-Fatihah.. kemudian, mereka masuk ke topik perbincangan isu semasa pula.. Biasalah MH370..

Ayna tidak menunggu lama. Seharian berada di luar, membuatkannya mahu pulang ke bilik dan  berehat. Enjin kereta dihidupkan. Gear parking ditukar kepada reverse.

Fikirannya masih melayang kepada usrah tadi.

Ayna tersenyum. Best ke berusrah ni? Orang kata bulatan gembira? Gembirakah bulatan itu?? Kenapa hanya ada 3 orang? Atau yang lain tidak dapat hadir. Biasanya apa pengisian usrah ni sebenarnya ya?

KREKKKK!!

'Ya ALLAH!!!'

Ayna sudah melanggar sebuah motor yang diparkir di hadapan surau. Motor itu hampir terjatuh namun Ayna sempat membrek dengan cepat. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Ayna berhenti dan cuba melihat keluar. Motor itu masih kekal di tempat asal. Ada dua orang yang sempat melihat kejadian itu namun mereka tidak berkata apa-apa.

'Astaghfirullah..Astaghfirullah..' Ayna khilaf dengan kelekaan nya sebentar tadi.

*Bersambung...

-Krew SN

Bulatan

Ayna mengambil satu sudut di tepi masjid. Dekat dengan kipas dan jauh dari jemaah yang sedang bersolat. Nota kuliah di bawa keluar dari dalam beg.

Memang sejak dua menjak ini Ayna semakin kerap datang ke masjid. Mungkin suasana di bilik asrama tidak selesa untuk belajar. Library pula agak jauh. Jadi masjid menjadi tempat kegemaran Ayna untuk study.

Di hujung sudut sana pula, Ayna melihat muslimah2 bertudung litup sedang mengadakan bulatan usrah. Ayna suka melihat mereka rapat dan gembira seperti keluarga.

***

"Ika, Ika ada usrah tak?" Ayna bertanya suatu ketika dulu di surau kolej.
"Ada. Kalau tak ada usrah kan, hati Ika ni rasa kosong je."
"oh, Ika usrah under apa?"
"Usrah Ika tak ada bawah mana2 persatuan. Kenapa? Ayna ada join usrah ke"
"Dulu Ayna pernah ada usrah sebab ada isi nama dalam persatuan Islam ni. Tapi satu sem je lah. Sebab kakak tu dah grad, dah keje kat JB nun." Aku memulakan cerita.
"Habis  tu tak ada siapa2 ganti ke? Rugi lah kalau stop macam tu."
"Aah. Tapi dulu Ayna tak suka dengan ahli usrah Ayna sebab diorang racist pantai timur. Ayna sorang je yang xfaham apa yang diorang sembang. Last2 kalau ada aktiviti ceramah, kakak naqibah ajak Ayna berdua je keluar. Dia faham kot yang Ayna tak rapat dengan ahli usrah yang lain. Tapi skang da lost contact dengan kakak tu."

Ayna dan Ika menoleh ke arah sudut hujung surau. Ada bulatan usrah. Hampir 20 orang.

"Ayna, tu bukan usrah. Usrah tak ramai macam tu. Kalau ramai, susah nak masuk ke dalam hati."
"Ika, kalau nak masuk usrah ni, kena cari sendiri ke? Kena bagi nama kat persatuan?"
"Tak semestinya. Dakwah itu bukan kepada sesiapa yang nak sahaja tapi kepada semua orang. Dalam satu riwayat, seandainya tapak kasut nabi diwarnakan dengan cat merah, nescaya penuh warna merah di seluruh Mekah. Betapa nabi bersungguh-sungguh nak menyebarkan dakwah pada semua orang."

Ayna tersenyum sambil mencuri dengar apa yang disampaikan didalam bulatan tersebut.

'Siapa yang jarang pegang al-Quran? Seminggu 2 kali, 3 kali? Atau dah lama x baca?' soal seorang kakak bertudung labuh. Nada agak tegas.

Beberapa orang adik junior mengangkat tangan sambil menunduk muka. Malu.

'Akak nak kamu semua solat taubat malam ni jugak. Wajib!......'
'Lepas ni akak nak bagi tugasan untuk kamu semua...'

Ayna sudah tidak berapa dengar perbualan mereka. Fokusnya kini pada Ika.

"Ika, Ayna tak suka la usrah macam tu. Adik-adik junior tu baru nak kenal erti usrah tapi dah macam kuliah pulak. Tak seronok. Tak ada feel macam keluarga sendiri." Ayna mengeluh.

Ika hanya tersenyum tanpa jawapan. Mungkin Ika sedang bersangka baik.

"Ayna nak join usrah ke?" Ika bertanya lagi.
"Err x lah. saja nak sembang2. Ayna dah final year tak kan la nak join usrah dengan adik2 lg. Segan gila."

Sejujurnya Ayna malu dengan Ika. Ika tahu perangai Ayna macam mana. Ika tahu Ayna kawan dengan siapa.

***

Usai solat isyak. Ayna mengemas nota-nota untuk dibawa balik. Ayna terpandang ke arah muslimah2 yang berusrah tadi. Dalam perjalanan, Ayna terfikir...

'Alangkah bagusnya jika ada yang menyapa aku untuk menyertai mereka. Bukan aku tidak mahu cuma aku tidak cukup kuat. Aku malu dengan diri aku sendiri. Aku sudah 3 tahun meninggalkan aktiviti usrah...

... Dan alangkah bagusnya jika ada di antara mereka yang ada usrah ni, mendekati dan mengajak orang macam aku ni sama-sama mendekati usrah.'

Ayna pulang dengan jiwa kosong.

Fitrah setiap manusia inginkan kebaikan.

*Bersambung...

-Krew SN

Harus bagaimana lagi...

Entry terakhir APRIL 2013.

Krikk...krikkk..krikkk...(bunyi cengkerik).

Sunyi sepi seperti malam yang hening. Dijengah-jengah masih begitu. Dijengah-jengah masih begitu. Ohhhh...masalahhhhhh. Masalah tidak menulis di Satunokhtah!

Sekarang sudah MAC 2014..April hanya seminggu lebih sahaja lagi untuk genap setahun tidak terusiknya Satunokhtah.

'Krew SN' juga menyepikan diri.

Harus bagaimana lagi? Alasan apa harus diberi?

Krikk...krikkk..krikkk...(bunyi cengkerik). 

Hujan rintik-rintik membasahi bumi Allah. Kesejukan mula merasai tulang-temulang. Tiada kipas. Hanya ditemani penghawa dingin York 27 darjah celcius dan pembersih udara Sharp. Solder gun masih memanaskan dirinya dan DC power supply masih menunjukkan angka 12V. Electric bolt disusun rapi untuk dikeluarkan PCB bersaiz 2.5cm x 2.5cm. Sepi. Bilik yang setahun dahulunya bengkel Autogate motor dan dipenuhi gris tanpa penghawa dingin kini bertukar rupa. Cantik bercatkan putih dan kelabu untuk ana mencari ilham. Namun ia bakal ditinggalkan. Sepi kembali.

Krikk...krikkk..krikkk...(bunyi cengkerik). 

Perancangan demi perancangan. Siapa tahu kisah kita sebegini dan sebegini. Sebegitu dan sebegitu. Siapa sangka kita ditakdirkan begini dan begini namun tidak begitu dan begitu. Rahsia Allah siapa yang tahu? Kan ilmu Allah menjangkaui berlipat kali ganda dari ilmu manusia. Lalu..harus bagaimana lagi?

Krikk...krikkk..krikkk...(bunyi cengkerik). 

Cubaan menghalau cengkerik berlaku namun ia memunculkan dirinya semula. Entah dari celah mana dibolosi. Bila dibiarkan sendiri 2-3 hari, bunyinya yang tinggi frequensi itu menghilang sendiri. Tenang dan damai mulai tercipta.

End of story.

Ini entry sapaan semula. InsyaAllah lain kali akan ada entry-entry lain. 'Pena Mujahidah' memberi cadangan untuk ana menulis cerita selepas kahwin dan pengalaman mengandung anak pertama. Ana belum mampu memberikan janji. Al-maklumla..sudah menjadi isteri, setiap penulisan harus mendapat tapisan dari bos besar. Moga keredhaan suami, membawa ke arah keredhaan Allah ^^. Ameen.

Umi Kalsom dan Nur Sabrina Risman --> Saya nak start berblog ni. Hehehe. Doakan saya~