Bulatan 2

Kali ini Ayna berjemaah di surau kolej pula..

Pandangan nya masih tertumpu kepada kumpulan usrah di suatu sudut sana.

Usai melipat telekung, Ayna mengambil tempat hampir dengan bulatan segitiga usrah tersebut (Segitiga sebab ada 3 orang sahaja). Jarak Ayna dengan usrah tersebut hanya lah satu langkah.

Sambil menyelak majalah Anis dan Sinergi yang ada di situ, Ayna mencuri dengar pengisian usrah mereka iaitu mengenai makna surah Al-Fatihah.. kemudian, mereka masuk ke topik perbincangan isu semasa pula.. Biasalah MH370..

Ayna tidak menunggu lama. Seharian berada di luar, membuatkannya mahu pulang ke bilik dan  berehat. Enjin kereta dihidupkan. Gear parking ditukar kepada reverse.

Fikirannya masih melayang kepada usrah tadi.

Ayna tersenyum. Best ke berusrah ni? Orang kata bulatan gembira? Gembirakah bulatan itu?? Kenapa hanya ada 3 orang? Atau yang lain tidak dapat hadir. Biasanya apa pengisian usrah ni sebenarnya ya?

KREKKKK!!

'Ya ALLAH!!!'

Ayna sudah melanggar sebuah motor yang diparkir di hadapan surau. Motor itu hampir terjatuh namun Ayna sempat membrek dengan cepat. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Ayna berhenti dan cuba melihat keluar. Motor itu masih kekal di tempat asal. Ada dua orang yang sempat melihat kejadian itu namun mereka tidak berkata apa-apa.

'Astaghfirullah..Astaghfirullah..' Ayna khilaf dengan kelekaan nya sebentar tadi.

*Bersambung...

-Krew SN

Bulatan

Ayna mengambil satu sudut di tepi masjid. Dekat dengan kipas dan jauh dari jemaah yang sedang bersolat. Nota kuliah di bawa keluar dari dalam beg.

Memang sejak dua menjak ini Ayna semakin kerap datang ke masjid. Mungkin suasana di bilik asrama tidak selesa untuk belajar. Library pula agak jauh. Jadi masjid menjadi tempat kegemaran Ayna untuk study.

Di hujung sudut sana pula, Ayna melihat muslimah2 bertudung litup sedang mengadakan bulatan usrah. Ayna suka melihat mereka rapat dan gembira seperti keluarga.

***

"Ika, Ika ada usrah tak?" Ayna bertanya suatu ketika dulu di surau kolej.
"Ada. Kalau tak ada usrah kan, hati Ika ni rasa kosong je."
"oh, Ika usrah under apa?"
"Usrah Ika tak ada bawah mana2 persatuan. Kenapa? Ayna ada join usrah ke"
"Dulu Ayna pernah ada usrah sebab ada isi nama dalam persatuan Islam ni. Tapi satu sem je lah. Sebab kakak tu dah grad, dah keje kat JB nun." Aku memulakan cerita.
"Habis  tu tak ada siapa2 ganti ke? Rugi lah kalau stop macam tu."
"Aah. Tapi dulu Ayna tak suka dengan ahli usrah Ayna sebab diorang racist pantai timur. Ayna sorang je yang xfaham apa yang diorang sembang. Last2 kalau ada aktiviti ceramah, kakak naqibah ajak Ayna berdua je keluar. Dia faham kot yang Ayna tak rapat dengan ahli usrah yang lain. Tapi skang da lost contact dengan kakak tu."

Ayna dan Ika menoleh ke arah sudut hujung surau. Ada bulatan usrah. Hampir 20 orang.

"Ayna, tu bukan usrah. Usrah tak ramai macam tu. Kalau ramai, susah nak masuk ke dalam hati."
"Ika, kalau nak masuk usrah ni, kena cari sendiri ke? Kena bagi nama kat persatuan?"
"Tak semestinya. Dakwah itu bukan kepada sesiapa yang nak sahaja tapi kepada semua orang. Dalam satu riwayat, seandainya tapak kasut nabi diwarnakan dengan cat merah, nescaya penuh warna merah di seluruh Mekah. Betapa nabi bersungguh-sungguh nak menyebarkan dakwah pada semua orang."

Ayna tersenyum sambil mencuri dengar apa yang disampaikan didalam bulatan tersebut.

'Siapa yang jarang pegang al-Quran? Seminggu 2 kali, 3 kali? Atau dah lama x baca?' soal seorang kakak bertudung labuh. Nada agak tegas.

Beberapa orang adik junior mengangkat tangan sambil menunduk muka. Malu.

'Akak nak kamu semua solat taubat malam ni jugak. Wajib!......'
'Lepas ni akak nak bagi tugasan untuk kamu semua...'

Ayna sudah tidak berapa dengar perbualan mereka. Fokusnya kini pada Ika.

"Ika, Ayna tak suka la usrah macam tu. Adik-adik junior tu baru nak kenal erti usrah tapi dah macam kuliah pulak. Tak seronok. Tak ada feel macam keluarga sendiri." Ayna mengeluh.

Ika hanya tersenyum tanpa jawapan. Mungkin Ika sedang bersangka baik.

"Ayna nak join usrah ke?" Ika bertanya lagi.
"Err x lah. saja nak sembang2. Ayna dah final year tak kan la nak join usrah dengan adik2 lg. Segan gila."

Sejujurnya Ayna malu dengan Ika. Ika tahu perangai Ayna macam mana. Ika tahu Ayna kawan dengan siapa.

***

Usai solat isyak. Ayna mengemas nota-nota untuk dibawa balik. Ayna terpandang ke arah muslimah2 yang berusrah tadi. Dalam perjalanan, Ayna terfikir...

'Alangkah bagusnya jika ada yang menyapa aku untuk menyertai mereka. Bukan aku tidak mahu cuma aku tidak cukup kuat. Aku malu dengan diri aku sendiri. Aku sudah 3 tahun meninggalkan aktiviti usrah...

... Dan alangkah bagusnya jika ada di antara mereka yang ada usrah ni, mendekati dan mengajak orang macam aku ni sama-sama mendekati usrah.'

Ayna pulang dengan jiwa kosong.

Fitrah setiap manusia inginkan kebaikan.

*Bersambung...

-Krew SN

Harus bagaimana lagi...

Entry terakhir APRIL 2013.

Krikk...krikkk..krikkk...(bunyi cengkerik).

Sunyi sepi seperti malam yang hening. Dijengah-jengah masih begitu. Dijengah-jengah masih begitu. Ohhhh...masalahhhhhh. Masalah tidak menulis di Satunokhtah!

Sekarang sudah MAC 2014..April hanya seminggu lebih sahaja lagi untuk genap setahun tidak terusiknya Satunokhtah.

'Krew SN' juga menyepikan diri.

Harus bagaimana lagi? Alasan apa harus diberi?

Krikk...krikkk..krikkk...(bunyi cengkerik). 

Hujan rintik-rintik membasahi bumi Allah. Kesejukan mula merasai tulang-temulang. Tiada kipas. Hanya ditemani penghawa dingin York 27 darjah celcius dan pembersih udara Sharp. Solder gun masih memanaskan dirinya dan DC power supply masih menunjukkan angka 12V. Electric bolt disusun rapi untuk dikeluarkan PCB bersaiz 2.5cm x 2.5cm. Sepi. Bilik yang setahun dahulunya bengkel Autogate motor dan dipenuhi gris tanpa penghawa dingin kini bertukar rupa. Cantik bercatkan putih dan kelabu untuk ana mencari ilham. Namun ia bakal ditinggalkan. Sepi kembali.

Krikk...krikkk..krikkk...(bunyi cengkerik). 

Perancangan demi perancangan. Siapa tahu kisah kita sebegini dan sebegini. Sebegitu dan sebegitu. Siapa sangka kita ditakdirkan begini dan begini namun tidak begitu dan begitu. Rahsia Allah siapa yang tahu? Kan ilmu Allah menjangkaui berlipat kali ganda dari ilmu manusia. Lalu..harus bagaimana lagi?

Krikk...krikkk..krikkk...(bunyi cengkerik). 

Cubaan menghalau cengkerik berlaku namun ia memunculkan dirinya semula. Entah dari celah mana dibolosi. Bila dibiarkan sendiri 2-3 hari, bunyinya yang tinggi frequensi itu menghilang sendiri. Tenang dan damai mulai tercipta.

End of story.

Ini entry sapaan semula. InsyaAllah lain kali akan ada entry-entry lain. 'Pena Mujahidah' memberi cadangan untuk ana menulis cerita selepas kahwin dan pengalaman mengandung anak pertama. Ana belum mampu memberikan janji. Al-maklumla..sudah menjadi isteri, setiap penulisan harus mendapat tapisan dari bos besar. Moga keredhaan suami, membawa ke arah keredhaan Allah ^^. Ameen.

Umi Kalsom dan Nur Sabrina Risman --> Saya nak start berblog ni. Hehehe. Doakan saya~