Bulatan

Ayna mengambil satu sudut di tepi masjid. Dekat dengan kipas dan jauh dari jemaah yang sedang bersolat. Nota kuliah di bawa keluar dari dalam beg.

Memang sejak dua menjak ini Ayna semakin kerap datang ke masjid. Mungkin suasana di bilik asrama tidak selesa untuk belajar. Library pula agak jauh. Jadi masjid menjadi tempat kegemaran Ayna untuk study.

Di hujung sudut sana pula, Ayna melihat muslimah2 bertudung litup sedang mengadakan bulatan usrah. Ayna suka melihat mereka rapat dan gembira seperti keluarga.

***

"Ika, Ika ada usrah tak?" Ayna bertanya suatu ketika dulu di surau kolej.
"Ada. Kalau tak ada usrah kan, hati Ika ni rasa kosong je."
"oh, Ika usrah under apa?"
"Usrah Ika tak ada bawah mana2 persatuan. Kenapa? Ayna ada join usrah ke"
"Dulu Ayna pernah ada usrah sebab ada isi nama dalam persatuan Islam ni. Tapi satu sem je lah. Sebab kakak tu dah grad, dah keje kat JB nun." Aku memulakan cerita.
"Habis  tu tak ada siapa2 ganti ke? Rugi lah kalau stop macam tu."
"Aah. Tapi dulu Ayna tak suka dengan ahli usrah Ayna sebab diorang racist pantai timur. Ayna sorang je yang xfaham apa yang diorang sembang. Last2 kalau ada aktiviti ceramah, kakak naqibah ajak Ayna berdua je keluar. Dia faham kot yang Ayna tak rapat dengan ahli usrah yang lain. Tapi skang da lost contact dengan kakak tu."

Ayna dan Ika menoleh ke arah sudut hujung surau. Ada bulatan usrah. Hampir 20 orang.

"Ayna, tu bukan usrah. Usrah tak ramai macam tu. Kalau ramai, susah nak masuk ke dalam hati."
"Ika, kalau nak masuk usrah ni, kena cari sendiri ke? Kena bagi nama kat persatuan?"
"Tak semestinya. Dakwah itu bukan kepada sesiapa yang nak sahaja tapi kepada semua orang. Dalam satu riwayat, seandainya tapak kasut nabi diwarnakan dengan cat merah, nescaya penuh warna merah di seluruh Mekah. Betapa nabi bersungguh-sungguh nak menyebarkan dakwah pada semua orang."

Ayna tersenyum sambil mencuri dengar apa yang disampaikan didalam bulatan tersebut.

'Siapa yang jarang pegang al-Quran? Seminggu 2 kali, 3 kali? Atau dah lama x baca?' soal seorang kakak bertudung labuh. Nada agak tegas.

Beberapa orang adik junior mengangkat tangan sambil menunduk muka. Malu.

'Akak nak kamu semua solat taubat malam ni jugak. Wajib!......'
'Lepas ni akak nak bagi tugasan untuk kamu semua...'

Ayna sudah tidak berapa dengar perbualan mereka. Fokusnya kini pada Ika.

"Ika, Ayna tak suka la usrah macam tu. Adik-adik junior tu baru nak kenal erti usrah tapi dah macam kuliah pulak. Tak seronok. Tak ada feel macam keluarga sendiri." Ayna mengeluh.

Ika hanya tersenyum tanpa jawapan. Mungkin Ika sedang bersangka baik.

"Ayna nak join usrah ke?" Ika bertanya lagi.
"Err x lah. saja nak sembang2. Ayna dah final year tak kan la nak join usrah dengan adik2 lg. Segan gila."

Sejujurnya Ayna malu dengan Ika. Ika tahu perangai Ayna macam mana. Ika tahu Ayna kawan dengan siapa.

***

Usai solat isyak. Ayna mengemas nota-nota untuk dibawa balik. Ayna terpandang ke arah muslimah2 yang berusrah tadi. Dalam perjalanan, Ayna terfikir...

'Alangkah bagusnya jika ada yang menyapa aku untuk menyertai mereka. Bukan aku tidak mahu cuma aku tidak cukup kuat. Aku malu dengan diri aku sendiri. Aku sudah 3 tahun meninggalkan aktiviti usrah...

... Dan alangkah bagusnya jika ada di antara mereka yang ada usrah ni, mendekati dan mengajak orang macam aku ni sama-sama mendekati usrah.'

Ayna pulang dengan jiwa kosong.

Fitrah setiap manusia inginkan kebaikan.

*Bersambung...

-Krew SN

0 comments: