Bulatan 3

Jiwa Ayna semakin kosong. Malah makin banyak pula masalah yang berkunjung tiba. Ayna lelah.
tak cukup dengan kerja, diuji pula dengan sahabat. Ayna perlukan masa untuk bersendirian dan mencari ketenangan.

Handset Nokia 1202 dicapai dan folder draft dibuka. Ya ada satu sms yang telah lama disimpan di dalam draft tersebut. Hampir 3 minggu.

'Ika, boleh tolong Ayna x? Ayna nak join usrah macam Ika tapi Ayna tak tahu macam mana.'

Lama Ayna merenung sms tersebut dan akhirnya butang send ditekan.

Bismillahirrahmanirrahim...

"Kak Ayna kan? Nama saya Rizqiah dan ini Huda." Mereka memperkenalkan diri mereka sebelum usrah bermula. Ahli-ahli usrah lain juga memperkenalkan diri. Rizqiah dan Huda pelajar tahun dua dan yang lain tahun satu. Eheh malu juga rasanya sebab Ayna paling tua di situ. Tetapi Ayna ikhlaskan diri. Niatnya mahu berukhuwah dan menambah ilmu kerana Allah. Semoga dipermudahkan..

Alhamdulillah kini Ayna sudah bergelar ahli usrah. Mula-mula agak kekok sebab ahli usrah semuanya muda-muda tapi diorang tak kisah malah ayna terasa macam sebaya dengan mereka pula. Ada yang pandai mengaji, dengan alunan merdu. Ayna cuma biasa-biasa je tapi mereka bantu. Bila Ayna tanya soalan kemusyikilan agama yang remeh-remeh je, semua tak lokek berkongsi idea dan bercerita.

Syukur,
Masalah masih ada, cuma jiwa tidak se'lelah' dulu.
Semoga semuanya nampak mudah.

Eni entry tajuk bulatan yang terakhir mungkin. :)
Terima kasih baca.

-Krew SN.