Kek Batik versi apa adanya

Ahad yang indah bila Big Bos bercerita tentang kek batik yang Iza (Adik beliau) selalu buat. Selaku kaum bakal ibu yang kehilangan selera untuk menjamah makanan, idea sebegitu menerbitkan keinginan untuk makan. Lalu bertanyakan pakcik google resepi kek batik.

******
Kek Batik Coklat
Resepi Asal: Mylla@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin-hasue guna marjerin puteri,jadi kek tak mudah lembik
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya

Cara-cara

  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau (guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
  4. Setelah pekat (membentuk kerak halus), padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang (lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk) lapis ngan adunan coklat, susu biskut meri lagi, sendukkan adunan coklat. Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
  6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...
******
Setelah menimbang tara, resepi ini diubah suai mengikut bahan-bahan yang sedia ada di dapur (ana ketiadaan serbuk koko, lalu digantikan dengan coklat masakan). Kemudian, ana letakkan hasil yang tidak mengikut sukatan asal (nak buat sikit je) ke dalam mangkuk-mangkuk kecil (hadiah kawen =P) untuk memudahkan kami suami isteri memakannya dengan nikmat sampai termimpi-mimpi.

Nak cukup-cukupkan mangkuk comel ini


Hasil air tangan Sn. 

Atas kek tu ana hias dengan cornflakes yang dah berapa minggu tak habis-habis makan. Dihancurkan pakai tangan untuk tekstur yang menarik (konon). Disebabkan hanya ada 6 biji mangkuk, bakal ibu menghabiskan 4 biji mangkuk disaat Big Bos keluar bekerja dan lagi 2 dimakan beliau setelah pulang bekerja jam 2 pagi (beliau kene tunggu konkrit selesai). Adil bukan? Ummi -2, Abi -2, Baby -2. Hehehe. Total semuanya 6. Ok sekian. Selamat mencuba ^^