37 Minggu dan 3 Hari

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

1. Masih diberi ilham untuk menulis blog walau jarak entry hampir sebulan lamanya
2. Masih diberi kesihatan dan kekuatan oleh Allah untuk menjalani rutin sebagai hambaNya
3. Masih diberi peluang mengumpul pahala sebagai suri di hati suami *ecece*
4. Masih diberi peluang menziarahi sahabat handai dan saudara mara meraikan kemeriahan syawal
5. Masih diberi kebahagian mengandungkan seorang hamba Allah yang memasuki 261 hari @ 37 minggu 3 hari
-----

37 Minggu

Awal mengandung, macam tak percaya diberi peluang mengandung. Kehebatan Allah menjadikan manusia di dalam rahim yang kecil kemudian membesar..membesar dan terus membesar bagaikan mimpi. Tup..tup..da masuk 37 minggu. Kalau di tanya dalam bulan..mesti la dah 9 bulan kan. Wohaaaa..Tunggu masa je ni untuk berjuang di dalam labour room melahirkan permata hati abi dan umi.

Perasaan?? Opkos terasa debarannya. Debaran menunggu tanda-tanda anak umi nak menjengah ke dunia. Big Bos pun begitu. Berdebar nak tinggalkan isteri tercinta untuk pergi bekerja.

Kisah Big Bos dan Sn part 1 (Tiru hamka kereta mayat =P)

Bb: Apa no telefon bomba ea? 994 kan?
Sn: Abang nak buat apa telefon bomba?
Bb: Nanti bila sayang dah sakit nak bersalin, abang telefon bomba untuk angkat sayang dari tingkat 6 ni. Lift kan rosak.

wohaaa!

Sn: Rilex la abang. Sayang boleh turun tangga sendiri. Masa sakit berhenti la kejap..then sambung jalan lagi. Kan bagus untuk cepatkan bukaan.
Bb: Bila sayang dah sakit, confirm abang cuak sangat.
Sn: Abang jangan cuak-cuak. Kene bagi semangat kat sayang. 'Sayang..boleh. Sayang..boleh'. Ala pom pom boy gittew. Hahahaha

=)

Seriously kami berdua tak dapat nak bayangkan macammana situasinya nanti bila ana dah sakit bersalin. Belajar dari pembacaan pengalaman-pengalaman orang lain je. Hah..masa ni, suami kene mainkan peranan penting. Kene steady tenang. Bagi semangat kat isteri. Isteri pun jangan terover gelabah, nanti suami ikut gelabah. Hehe.

Bakal-bakal ibu pun jangan cuak sangat nak bersalin. Cuba motivasikan diri dengan perkara-perkara positif dan yakin dengan kemampuan diri. Allah jadikan wanita ni, istimewa untuk melahirkan anak. Secara semulajadinya badan wanita akan berubah ubah sebagai persediaan untuk bersalin. Sakit kontraksi tu pun Allah jadikan seiring dengan bukaan untuk laluan bayi keluar.


Dikesempatan ini, ana ingin memohon maaf atas segala silap dan salah yang pernah ana lakukan sepanjang ana mengenali kalian dan kalian mengenali ana. Harapnya tidak ada yang menyimpan dendam, iri hati, tidak puas hati mahupun amarah terhadap tindak tanduk perbuatan dan percakapan ana selama ini. Andai ana pernah berhutang dengan sesiapa, mohon tuntutlah hutang tersebut dari ana atau suami. Doakan ana dipermudahkan Allah dalam perjuangan melahirkan zuriat, aurat dan solat terjaga serta diberi kesihatan yang baik buat ana dan bayi. Andai 25 tahun ini, pengakhiran hidup ana, redhailah dan halalkan segala apa yang telah diberi.

Terima Kasih Allah untuk segalanya.

2 comments:

moga dipermudahkan urusan.. =) tini jua sudah selamat melahirkan seorg hamba allah.. bahagia tgk shabat2 saya.. =)

 

@n0_cha
sy juga bahagia tengok sahabat sy sorang ni bahagia dengan hari-harinya ^^