Permata Hati, Penyejuk Jiwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 
^______________^

Alhamdulillah berjaya juga mengadap blog hari ni
berbulan-bulan menulis di hati *eceh*
kononnye nanti nak tulis kat blog

nanti-nanti, hah... akhirnya semua ternanti-nanti
Maka..ini kalilah baru berjaya
Hehehe
-------------------------------------------------------------
Mari kenal dengan ciptaan Allah
yang diberi nama
~Amir Mujahid bin Mohd Azami~

Berat Lahir: 2.75kg
Panjang: 49cm

Permata hati, penyejuk jiwa Abi dan Umi
-------------------------------------------------------------

Mari cerita sedikit kronologi kelahiran beliau:

30 Ogos 2014 - Menghadiri walimah classmate yang bijak bestari Cik Puan Hanis dan pasangan cecintunnya Incik Boban Masdar. Berjumpalah juga dengan si darah manis Ezzah dan bakal-bakal mommy Dira dan Nana. Setelah mengenyangkan perut yang sarat, Big Bos mengajak berjalan-jalan pusing salah satu mall di Bangi. Setiap tingkat kami terjah dengan harapan, baby bagi sign nak keluar sebelum di'induce'. Alhamdulillah, malam harinya turun tanda darah. Excitednye!!!

31 Ogos 2014 - Bangun-bangun subuh, pinggang dah tak selesa. Contraction very mild, kadang-kadang dan masih tak constant. Sambil-sambil tengok sambutan hari kemerdekaan, download la contraction calculator. Tapi macam penat nak record. Huuhuhu. Akhirnya, layankan je contractionnya. Mak dan adik-adik pun da ondaway. Macam tau tau je mak cucu nak keluar.  Hehehe. Tym Asar, contraction dah kuat. Semua da risau. Tapi since rasa boleh tahan lagi dan belum berselang 5 minit, mari makan dengan gembira dan jalan pusing-pusing rumah untuk cepatkan bukaan. Decide nak serah diri kat HUKM lepas Isyak so dat nanti dah takyah risau pasal solat dah.

Sampai HUKM, doc pecahkan air ketuban dan ditolak masuk Labour Room jam 11pm. Salin baju, cucuk ubat untuk kosongkan perut, bertapa di toilet hampir setengah jam then dipasang alat CTG dan cucuk ditangan untuk prepare masuk air.

1 September 2014 - Alamak..tak sempat jadi baby merdeka laaaa!! hehehe. *sempat lagi* Padahal episod seram menahan contraction yang kuat amat dan tak tertahan baru bermula. MasyaAllah, sungguh tak tertahan. Menangis tak keluar air mata. Alhamdulillah Big Bos sentiasa di sisi mengingatkan untuk terus bernafas dengan teknik yang betul, ingat Allah, baca doa Nabi Yunus dan zikir. Kalau tak..teknik bernafas entah kemana-mana tah. Nak bersuara pun tak mampu. Hanya menatap pada graf yang turun naik serta berharap semuanya akan segera berakhir.

Jam 1am, nurse bagi green light untuk teran. Permulaan yang bagus, pertengahan yang kureng (teran kat muka sampai naik bintik-bintik merah macam ruam), "nampak da kepala" kata Big Bos, zapppp (digunting), lagi..lagi..jangan stop dik. Sambung terannn.whoose..keluar kepala. Terus teran dik, jangan macam ni. Tarik nafas...teraaaannnnnnnn. Whoose..akhirnya jam 1.35am, baby keluar keseluruhannya. 

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah. 
Nurse tunjuk baby, potong tali pusat, sedut cecair-cecair, diletakkan didada dan kemudiannya dibawa keluar untuk dibersihkan. Big Bos pun keluar sekali untuk azan dan iqamatkan baby. Setelah episiotomi berakhir, keletihan dan kesakitan dipujuk dengan segelas milo, sebungkus biskut, seorang baby yang sihat dan sewajah ceria seorang suami. *bahagia*
-------------------------------------------------------------

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
Allah tunaikan doa ana dan mereka2 yang mendoakan *terima kasih*
1. Dipermudahkan urusan bersalin
2. Bersalin sebelum di'induce'
3. Ibu dan Baby sihat
4. Lahir secara normal
5. Baby lahir masa cuti kemerdekaan
6. Takde student praktikal
7. Nurse dan Doktor yang bertugas perempuan semuanya
8. Aurat terpelihara dari pandangan ajnabi
9. Solat terjaga

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah
pengalaman bersalin yang menginsafkan diri
*Hargailah ibu-ibu dan isteri-isteri kalian yeppp*
-------------------------------------------------------------


3/9/2014 - Detect kuning, rujuk Hospital Serdang dan disuruh datang cek darah semula di Klinik Kesihatan keesokan harinya.
5/9/2014 - Cek darah semula di Klinik Kesihatan Lanchang. Bilirubin tinggi dan terus dihantar ke Hospital Temerloh dengan Ambulance. Nee Noo Nee Nooo *melambung-lambung ibu dan anak. di dalamnya. Huhuhu*
8/9/2014 - Discharge. Alhamdulillah. 
------------------------------------------------------------

Kini Mujahid sudah 2 bulan 14 hari
Masih dan sentiasa melalui sesi taaruf dengan Abi dan Umi
Berkembang dan membesar
Moga kelak jadi anak soleh ye sayang
^^
Terima kasih Allah

         

2 comments:

Moga Kalian menjadi keluarga yg penuh dgn sakinah..mawaddah wa rahmah minallah..salam syg dr ustzh yv sntsa mendoakan..alhamdulillah mujahidah ustzh bernama.nur izzah insyirah...43 hari..

 

T.kasih Ustzh Maziah. InsyaAllah..ameen~ Wah, kawan Mujahid --> Nur Izzah Insyirah. Cantik namanya..moga kelah cantik akhlaknya jadi wanita solehah. Ameen.