Pinjaman yang hanya sementara

Hari ini hari ahad, (entry ahad yang lalu)
Hari untuk kita berehat,
Sambung silaturahim jauh dan dekat,
Moga hati-hati bertaut rapat.

Hari ni kelihatan mendung. Ah..sudah akhir tahun, pastinya sudah tiba musim tengkujuh. Tanah runtuh di lebuhraya KL-Kuantan, sudah dibuka jam 2 petang semalam. Tak sempat dengar pengumuman, kami sudah bergerak memulakan perjalanan. Disebabkan duduk di hulu langat, Waze menunjukkan jalan alternatif yang lebih dekat dengan perjalanan yang memakan masa hanya 2 jam 45 minit menerusi Sg.Tekala. Tapi masyaAllah, jalannya penuh berliku-liku. Turun bukit dan naik bukit. Baru 15 minit perjalanan yang berliku, saya sudah tak mampu bersuara menahan peningnya kepala. Suami juga mengalami rasa yang sama. Kepala terasa ketat bagai diikat-ikat. Mahu berhenti ditepi jalan, terasa membahayakan diri pula. Tiada kelibat manusia, jalan sunyi sepi hanya 2 tiga kenderaan je yang melintasi. Lalu suami tetap meneruskan perjalanan. Akhirnya tiba juga di daerah Temerloh. Taubat takmau ikut jalan Sg. Tekala lagi. Minyak habis 2 bar, mean..tak jimat mana pun. Selalunya hanya 1 bar sahaja untuk balik ke Temerloh.

Mujahid lena diulit mimpi,
Bubur nasinya diatas api,
Entah kenapa hati sepi,
Rasa pilu dibuang tepi.

Menatap wajah Mujahid dan abi,
Bagai terisi kekosongan hati,
Namun jauh disudut hati,
Kalian ujian buat diri.

Suami dan anak hanya pinjaman,
Dunia fana bakal ditinggal,
Dinilai tuhan segala amalan,
Cukupkan kita menyiapkan bekal?

Minggu lepas ex-housemate Penara yang saya panggil K.Mudz pergi mengadap ilahi. Innalillah. Cukup bersabar dan pemurah orangnya. Moga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai Allah. Ameen. Bila orang yang pernah berada dekat dengan kita, pergi tanpa diduga, terasa macam mungkin esok lusa giliran kita. Atau mungkin esok lusa giliran anak suami kita, atau mungkin ibu bapa kita atau juga mungkin adik beradik kita. Tak siapa yang tahu, Semuanya dalam pengetahuan dia yang maha Esa.

Barulah kita ni terkedek-kedek nak memuhasabah diri. Andai kita yang pergi dulu, bagaimana suami dan anak-anak. Akan redhakah mereka dengan kita? Sudah cukup terbaikkah kita menyantuni dan melanyani mereka?. Adakah semua amal perbuatan mahupun tindak tanduk kita adalah yang terbaik yang kita mampu berikan? Atau semuanya hanya dibuat sambil lewa???

Pertama kali melangkah ke alam rumah tangga..walau diri kata sudah bersedia, pasti banyak lagi canggungnya. Apatah lagi pabila menjadi ibu. Explore dunia keibuan, berexperimentasi dengan variasi method, berdepan dengan kejutan dan perubahan serta perkembangan anak..semuanya adalah pertama kali. Akan sentiasa dan terus kenal mengenali.

Dalam setiap fasa dan sesi kenal mengenali bersama anak dan suami, pastinya kasih sayang kian bercambah setiap hari. Akan tetapi, perlu sentiasa pasak pada diri, mereka cuma pinjaman sementara di dunia yang fana ini. Dipinjamkan Allah untuk menilai segala amal perbuatan kita, pinjaman Allah untuk menilai sifat amanah kita..pinjaman Allah untuk menguji keihlasan kita.

Untuk kita hidup lebih bahagia dan tenang, lihatlah ke bawah dan janganlah lihat ke atas.. kerana dunia ini bersifat seperti air laut, semakin diminum, semakin haus kita jadinya. Dengan mensyukuri segala yang kita ada, maka ianya akan menambahkan rasa terima kasih serta bersyukurnya kita kepada Allah Yang Maha Pengasih.

Terima kasih ya Allah untuk segala pinjaman yang Engkau berikan ini. Keluarga, sahabat, harta benda juga dunia. Jangan ya Allah engkau lalaikan kami dengan semua pinjamanMu ini. Tetapkan lah hati-hati kami dalam mencari keredhaanMu. Ameen~

Comot-comot mereka berdua ini
Comot-comot lagi isteri dan ibu mereka ini
Segala silap dan salah mohon diampuni
Moga bertemu kalian diakhirat nanti

T__T

Saya Sayang Kalian

Bagi meraka yang masih punya keluarga, ungkapkan kalian menyayangi mereka sebelum terlambat
=)

Setelah berkahwin, nak tak nak memang perlu berjauhan dengan adik beradik
Saya dengan keluarga saya
Along dan Kakak dengan keluarga kecil mereka
Kinah dengan urusan pekerjaannya
Milah dan Adik dengan urusan pembelajaran mereka
Wasup group je la jadi penghubung

Masing-masing punya tanggungjawab mereka tersendiri
Untuk berkumpul semua sekali dan bertemu muka
Mungkin hanya pada musim-musim perayaan
Mungkin dalam suatu majlis perkahwinan

Rindu tiba-tiba

L.O.V.E

L.O.V.E

Hahaha. Nampak sangat tak pernah meluahkan sayang

Hahaha. Gelak guling2

Adik juga yang memahami

P/s 
- Entry sesaje sambil menunggu jam 2 tengahari
- Hari ni balik Pahang tanpa Tol dan Highway
- Jimat ke tak? Nanti kita tengok. hahaha. Kalau jimat boleh la boikot highway. lol


Misi Mencari Rumah 2

Eh..betul la. Kitorang dah berhentikan pencarian rumah sejak dapat call dari Masreca. Proses bank pun dah settle. Tengah tunggu stamping SPA je. Misi Mencari Rumah 2 ni berlaku sebelum dapat rumah masreca. Saje je post entry ni kot-kot boleh buka minda meraka yang ingin memiliki rumah kan.

Alang-alang berjalan pada ketika itu, kami sempurnakan misi sehingga ke Pajam, Negeri Sembilan. Konon nak bermimpikan rumah landed. Ada tanah ditepi untuk bercucuk tanam atau makan cucur ikan bilis dibawah pohon mempelam yang rendang sambil ditiup angin petang yang sepoi-sepoi bahasa. Oh..indahnya. Terasa macam kat rumah umi abi kat Ipoh pula. hahaha.

Mulanya kami ke Nada 2. Single story house, 4 bilik hanya RM300k++. Mana nak dapat kat area Selangor dan KL kan. Kami dah tak kisah dah kalau nak berulang alik ke KL walaupun jauh sikit kalau dapat landed house. Hoho. Design syiling yang agak tinggi, memang menampakkan keluasan la rumah-rumah Seri Pajam ni. Superb cantik.

Link: Nada 2 Website

Nampak tak disitu ketinggian syiling. Pengudaraan memang terbaik. Rumah tak panas.
Namun, pada ketika kami tiba di situ, tiada lagi rumah dengan harga sedemikian. Yang tinggal hanyalah rumah end lot harga RM400k++. Terpaksalah melupakan keinginan dan mimpi-mimpi. Sobsobsob. Keluar je ke jalan besar, terjumpa lagi satu perumahan bawah Seri Pajam. Jom singgah jom~

Namanya Town Villa, Citra Residency. Macam town house la. Bila dah tanya bermacam-macam persoalan..wah.. best jugak rumah ni. Harga pada bunting RM260k ++, unit yang kami tanyakan..harganya RM233k je hoccay. Masa kitorang tengok ni baru je proses sodok tanah dilakukan. Sekarang tengok website, harga dah RM290k++. Cepat tak cepat harga naik (menangis).

Design pada broucher
Apa yang best Citra Residency ni?


1. Keluasan 1030 sqft (besar kottttt)
2. Dekat sangat dengan exit tol Pajam
3. Dekat dengan KTM Batang Benar (so, kalau kije area KL..naik train kat sini belum jadi Sardin lagi)
4. Dalam kawasan ada Surau, dewan, kawasan jogging, taman
5. Ada balkoni dan yard
6. Dapur terpisah dengan ruang tamu (takde la segan nak memasak kat dapur bila ada tetamu)
7. SPA dan MOT developer tanggung

Tengok, ada balkoni, ada yard, dapur terpisah. Just nice
Lokasi kejadian
Kami pun serbu rumah contoh. 
Okay..simple calculation untuk rumah ni:

Harga RM 233k (unit intermediate tingkat 2 yang kami duk tanya2)

~ Macam biasa, 10% kene settle within tarikh yang dia bagi selepas sign S&P (RM 23.3k)

Kita tolak dengan:
1. Booking RM2 000 (if loan ada masalah, RM1.5k sahaja akan dipulangkan)
2. Discount Bumi 5% = RM 11 650


Baki yang perlu dicari:
RM 23 300 - RM 2 000 - RM 11 650 = RM 9 650 (Keluarkan dari akaun 2 KWSP)

Loan dengan bank: 90%


Settle ^^

Modal anda hanyalah duit booking RM 2 000 jika akaun 2 KWSP anda ada dalam RM 10k

Senangkan. Dah dapat sebiji rumah. Yeyyy

Sebenarnya..kitorang pun plan untuk dapatkan rumah ni. Tapi since dah dapat Masreca, of coz pilih yang mana paling dekat. Bye2 Citra Residency (menangis lagi). Beli satu-satu dulu la kan.

P/s -
1. Loan legal fee & loan stamp duty untuk rumah ni tanggung sendiri.
2. Insurance pun tak cover lagi (kalau pandai, deal dengan bank untuk cover insurance sekali)
3. Rumah ni dijangka siap May 2018. So, if loan anda lulus..perlu membayar kadar faedah mengikut progres rumah. So, bulan-bulan pertama mungkin akan bayar dalam RM100 ke RM300 dulu. Nilai ni akan meningkat dan meningkat sehinggalah rumah anda siap. So, awal-awal tu..takde la beban sangat kan? Boleh kumpul duit untuk insurance rumah dulu ke, loan legal fee ke, renovate rumah ke, perabot rumah ke? apa-apa la.

Okay. Sekian sahaja bebelan orang yang baru dapat ilmu. Hahaha. Sila bertanya yang lebih pakar untuk pertanyaan lanjut. Jangan percaya bulat-bulan ilmu di sini.


Crot Cret Crot Cret

Cot cret cot cret..bunyi lagaan kasut di atas lantai lapisan kayu vinyl. Kadang kala berselang seli dengan suara pukulan dan jeritan. Namun bagai di dunia yang berbeza, aku terasing duduk di satu sudut. Membuka komputer riba lantas fokus menaip sesuatu persis wanita bekerjaya yang bekerja tidak mengenal waktu mahupun tempat.

Kadang kala pandangan mata di komputer dialihkan pada gelagat manusia di sekeliling. Mereka masih begitu fokus memukul bola kearah pihak lawan. Kadang kala mengutip bola yang tersasar dari pukulan. Yaaa..aku menyendiri. Masakan aku mampu berlawan dengan mereka yang bagiku lebih hebat. Terasa kerdil.

Jeda

Sekali lagi, keyakinan dikalahkan dengan perasaan rendah diri. Harus bagaimana aku harus mencorakkan jati diri ku? Harus bagaimana aku mampu teguh dengan pendirianku? Hidup bagai bola tangkis yang dipukul ke sana ke mari. Kadang kala jatuh menyembam bumi.

Jeda

Ah..miggir kamu sang perasaan. Kelemahan bakal merencatkan perjalanan. Perancangan, strategi harus diatur seiring dengan matlamat dan impian. Yahhhhhhh. Harus boleh!!!

Tiba-tiba pula sesi memuhasabah diri. Dah kenapa lah dengan Nafisah ni ye. Kikiki. Sengaja test skill menulis zaman dahulu kala saat suami dan kawan-kawannya bermain badminton. Kalau kat rumah, mau dah mata terlelap setelah selesai semua tugasan rumah.

Crot Cret Crot Cret sudah mula berkurang. Ramai yang kelelahan dengan permainan setelah bertukar ganti giliran. Nafisah pun ingin mengundurkan diri. Sekian sahaja untuk hari ini. Berjumpa lagi di next entry.

En.Suami kelelahan sudah. Mari kita pulang ^^

P/s:

-Mujahid sudah memulakan langkahan yang melebihi tiga langkah. Kalau tak, selangkah je menapak kemudian tunduk dan duduk semula. Haish. Macam Umi dia je. Kurang keyakinan. Mujahid boleh! Mujahid kan Mujahid. Sila contohi Abi.

-Kadang-kadang ternanti-nanti saat Mujahid mula berjalan dan berlari. tapi pada masa yang sama, berdebar pun ada. Nanti Umi dan Wan berkejaran nak suapkan Mujahid makanan dan berkejaran nak memakaikan baju. Hehe.

-If ada yang kata Mujahid lambat berjalan, Umi dia risau juga. Tapi orang lain pula kata, biar la lambat berjalan. Merangkak banyak-banyak pun takpe, bagus juga untuk perkembangan otak. Tapi jangan terlampau lambat la kan. Dalam range masa yang bersesuaian takpe.

-Nafisah dan suami sudah insaf melakukan house hunting. SPHS sudah memberikan lampu hijau. Makanya tinggal proses bersama Sterling Prima dan pihak bank. Moga urusan kami sekeluarga dipermudahkan Allah. Ameen~

Misi mencari rumah lagi

September sudah memunculkan diri. Apa khabar semua? Masih sihat jasad, iman dan hati? Kami sekeluarga sihat-sihat jasad tapi iman..macam biasa, masih turun naik. Masih belum boleh konsisten dalam beramal ibadah, masih cuba memperbaiki amalan-amalan dan masih cuba mencari keredhaan dalam setiap perbuatan. Doakan kami ye.

Iya..kami masih belum dapat rumah idaman. Rumah impian memang banyak ecececeh. Kata orang ukur baju dibadan sendiri la ye dak? Kalau beli rumah RM500k, tapi hujung bulan mencari Meggi dan LRT..tiada gunanya juga. Kan kan kan.


Oleh itu, buat mereka-mereka yang melepasi syarat-syarat rumah mampu milik, mesti dan harus cuba mohon. Jangan disia-siakan peluang keemasan anda. Ada yang kena pendapatan isi rumah bawah 8k, ada yang 10k. Untuk pendapatan individu lain pulak dan kalau nak tau, ada beberapa jenis pihak yang buat rumah mampu milik kat Malaysia ni (saya pun baru tau. kikiki):

a) Bawah lembaga perumahan setiap negeri. Yang ni boleh tanya kat pakcik google. Cth: Rumah mampu milik selangor. Nanti keluar la link dia. Senang je kan. Semua di hujung jari sekarang ni. Hohohoho. Boleh tengok senarai projek yang ada dalam website mereka.

b) PR1MA. Yang ni semua orang biasa dengar kan. Berita TV3 mesti ada punya. Pelancaran projek itu dan projek ini. Tapi, kita pun ragu-ragu nak mohon. Yang pasti, check la dulu syarat-syarat kelayakan. If anda mampu, cuba je mohon. Mana tau ada rezeki ^^.


c) Rumah SPNB. Yang ni ada beberapa jenis http://www.spnb.com.my/ :

  • Perumahan Aspirasi (Rumah mampu milik)
  • Perumahan Idaman (Rumah harga kurang dari RM250k)
  • Perumahan Mesra (Rumah atas tanah sendiri)

Kan..banyak jugak yang sebelum ni saya pun pandang sebelah mata je. So kawan-kawan yang mahu cuba mohon rumah-rumah dari pihak di atas, anda dialu-alukan. Moga Allah mudahkan urusan kami dan kalian sekeluarga juga. InsyaAllah. Ameen~


P/s - Mujahid sudah setahun pada 1 September yang lalu. Alhamdulillah.

- Xde sambutan birthday pun coz Mujahid belum boleh makan kek. hehe
- Bawa beliau jalan-jalan di Pantai Kemasik, Terengganu je
- Lepak dan makan-makan ikan ICT bersama keluarga belah suami

See..Mujahid dengan dua batang giginya =)
Tak sabar nak balik jumpa atuk abi n nenek umi pula raya haji ni. Yeyyyy


MASRECA 19 Rumah selangorku

Alhamdulillah..alhamdulillah..
Masih diberi nikmat hidup di hari ini.

Last week kami sempat menjengah ke Sales Gallery Masreca 19, Cyberjaya di bawah kelolaan Sterling Prima Sdn Bhd. Mencuri-curi masa makan tengahari yang kami ada. Rupanya kami golongan-golongan yang lambat tau pasal rumah Selangorku ni, Rumah harga RM 200k sudah habis. Lalu kami menangis T___T sob sob sob. Dah lama kot buka untuk pendaftaran, sejak Mac tahun lepas lagi. Huhuhu.

Yang tinggal adalah rumah tak berapa mampu milik. RM 280k dengan keluasan 850 sq.ft.


---
Project Name : MasReca 19
Land Area : 15.42 acres
Land Tenure : Freehold
Number of Units : 960 units
Proposed Build Up : 850 sq.ft. (3 bedrooms 2bathrooms) - Kecil je kan? Tapi ok la untuk siapa-siapa yang nak mula hidup dan bekerja area Cyberjaya. Seriously, okay sangat untuk tinggal. Untuk invest? No idea coz Cyberjaya ni masih baru nak membangun. Rumah pun mahal-mahal belaka. So, sewa pun sangat mahal. Kebanyakan orang prefer untuk tinggal jauh sikit macam kat puchong ke dengkil ke.

Indicative Price Range:

a) RM 200,000 (SOLD OUT)
-Bare Unit with 1 open Car Park

b) RM 280,000
-Partially Furnished* - Barang elektrik semua jenama samsung ye
  • Kitchen Cabinet
  • Washing Machine 
  • CookerHood & Hob
  • Wardrobe in All Bedrooms 
  • Microwave Oven 
  • 12 Florescent Lights & 2 Fans
  • Refrigerator
  • 2 Air Conditioners
-2 Covered Car Parks

Maintenance: Indicative0.18sen/sq.ft. - Dalam RM153 sebulan

TargetHanding Over : Qtr3 2017

Booking : RM 3,000

*terms and condition apply
---

Hmm, tak tau nak cerita apa lagi. Kami pun sedang menunggu kelulusan LPHS. Doa-doakan kami. Try la sapa yang layak. Selagi ada yang kene reject (sama ada LPHS atau pun loan bank), selagi itu ada kekosongan. Boleh refer link di bawah:

Website: http://masreca.com/
Facebook: https://www.facebook.com/masrecahomes/timeline

Lagi satu, jikalau anda lepas kedua-duanya...nak dapatkan no rumah, kene cabut undi tau. Semua rumah berkeluasan sama, bezanya pemandangan luar tingkap, bilangan tingkap dan aras. Boleh tengok rumah contoh di:


No 5G & 6G, Neocyber,
Lingkaran Cyber Point Barat,
Cyber 12, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
o: 03-8311 9090
f: 019-6903429

Santekkk tak? Rumah contoh haruslah cantik ye tak?
Tahniah bagi mereka yang beroleh rezeki di MASRECA 19. Doakan dapat berjaya berjiran bersama. Hehehe. Kata orang jangan berharap setinggi langit, nanti sedih dikemudian hari. Oleh itu, kami redha dan tawakal.

Siapa-siapa tau lagi rumah baru, harga affordable, area Puchong, Dengkil, Serdang, Putrajaya mahupun Cyberjaya..rojer2 lah kami ye. Share link..share info ^^. Moga memberi manfaat bersama. Ameennnn~

Sambungan entry pada 7/3/2016: http://satunokhtah.blogspot.my/2016/03/update-masreca-19.html.

Tawan jangan tak tertawan

Salam Syawal buat semua,

Cepat sungguh masa berlalu. Syawal pun kian berakhir. Tahun ini tak dapat nak menjengah ke kebanyakan rumah saudara mara mahupun rakan taulan. Setiap hujung minggu, kami khususkan untuk pulang ke desa yang indah permai lagi jauh dari kesibukan kota. Oleh itu, kami sekeluarga ingin meminta ampun dan maaf untuk sebarang jemputan ke rumah terbuka mahupun undangan majlis perkahwinan yang tidak dapat kami hadiri.

Salam Aidilfitri buat semua ^^

Alhamdulillah, sekarang sudah menjadi wanita bekerjaya semula dibawah naungan sebuah syarikat telekomunikasi. Masih lagi ada kaitan dengan bidang elektrik walaupun bukan mikroelektronik. Kini berhadapan dengan permasalahan gateway, routing, network, signal, operator, traffic, server, MO MT dan lain-lain termasuk coding. So far so good. Harapnya dapat kekal lebih lama disini sampai anak bertambah dua ke tiga orang. Kikiki. Ada beberapa sebab musabab untuk kekal lebih lama:

1. Paling utama dan paling macam terharu la...ada bilik solat untuk syarikat yang ada 4-5 orang je muslim.

2. Ada pantry dengan pelbagai jenis biskut, pelbagai snek@cikedis, pelbagai jenis minuman 3 dalam 1, pelbagai jenis buah buahan dari apple, anggur, oren, strawberi dan pisang. Kalau tetiba tengah musim buah-buahan, kelibat rambutan, pulasan, mata kucing pun ado. Nasib baik musim durian, diorang tak order durian. Kikiki.

3. Kerja yang tak memberi tekanan dengan deadline. Boleh ambil berapa banyak masa untuk selesaikan case. Settle, ambil case baru. Janji kau jangan goyang kaki kecuali takde case pada hari tersebut lah kan.

4. Cuti bersalin 3 bulan weyhhhh

5. Boleh meningkatkan potensi diri sama ada dari segi ilmu mahupun kemahiran. Ye lah. Bidang teknologi ni akan sentiasa berkembang dengan teknologi-teknologi terkini. Masalah-masalah yang datang pun akan sentiasa berbeza-beza dan berubah dari semasa ke semasa. Harapnya tak cepat rasa bosan.

6. Syarikat yang sedang berkembang dan terus berkembang.

Half of the APAC team ~ cuba untuk menawan kawasan Asia Pasifik
Tawan jangan tak tertawan =)

InsyaAllah. Buat mereka yang stress dengan tempat kerja, cuba cari nilai-nilai positif di tempat anda. Kalian akan menyukai dan sayang dengan tempat kerja anda. Tak percaya, cubalah ^^.

P/s - Update mengenai Mujahid (dah 11 bulan da beliau ~ )

+ Soleh suka dengar azan dan akan mendengar penuh kusyuk dan tawaduk
+ Sihat nak berdiri je sepanjang masa.
+ Cerdik nak mengexplore seluruh ruang dunia
+ Confident nak lepas tangan saja masa berdiri
+ Macho panjat memanjat
+ Handsome dengan gigi dua batang di bawah
+ Manja taknak pegang botal susu sendiri

Harapnya akan terus membesar dengan Soleh + Sihat + Cerdik + Confident + Macho + Handsome + Manja. Nanti da besar, Umi Abi pasti akan RINDU ~

Chaiyok-chaiyok

Dah lama kan tak menulis. Rupa-rupanya banyak pula draf yang tak dipublishkan. Bila dianalisa semula, rasanya memang takkan publish dah kot. Tajuk pun masa zaman belum matang (Hello puan! Sekarang konon dah matang la? Choi). Mari kita listkan tajuk-tajuk yang tak matang itttew:

- Lelaki kacak
- Lamaran dari si dia
- Tentukan arah anda
- BMW (Ben Must Win) #1
- Dia Mysara

Dulu-dulu ada orang nasihatkan, bila datang idea terus tulis dalam buku so that idea akan kekal dan akan datang boleh refresh semula. Tapi bila tengok draf diatas, memang langsung dah tak ingat dulu-dulu nak sampaikan apa. Makanya, ia tinggal separuh jalan sedemikian. Sila jangan contohi.

Dari hasil pemerhatian juga, 2015 ni..orang dah jarang berblogging. Instagram kot ramai. Sn sekarang dah malas juga nak aktif dengan media sosial ni. Cukup la facebook je untuk tengok perkembangan sahabat-sahabat. Blog rajin juga la belek-belek dan blogwalking. Cuma xde mood nak menulis. Tapikan bila tengok memori ilusi sentiasa updated, terasa jeles disitu. Muahahaha. Oleh itu, Sn..rajin-rajin la. Chaiyok-chaiyok!

Ada kena mengena tak? - -"
Semalam bertemu muka dengan seorang blogger juga. K.v namanya. Berbuka puasa di Bangi Gateway. Dah lama tak update hal masing-masing. Alhamdulillah beliau sedang dalam proses writing tesis masternya. Moga dipermudahkan segala urusan buat beliau serta sahabat-sahabat yang turut mengambil master. Ameen~

Saya tak kuat nak buat master. PHD apatah lagi. Bekerja sambil mengumpul pengalaman aje la yang mampu. Perancangan suami nak bekerja sambil belajar pun masih tergendala. Perancangan demi perancangan dibuat dan yang pasti Allah jua yang menentukan. InsyaAllah, perancangan yang Allah aturkan ini ada hikmahnya. Yeahhhh. Chaiyook-chaiyoook buat semua.


pertandingan; uba teka

assalaualaiku dan selaat pagi

keyboard rosak
banyak erosakkan ood enulis seasa datang ood kerajinan

uba kalian teka
button ana pada keyboard yang rosak/

hadiah untuk peenang bertuah;

tepat ke 3 - penajaan keyboard baru kepada sn
tepat ke 2 - penajaan dekstop baru kepada sn
tepat ke 1 - penajaan laptop kepada sn

epat rebut peluang untuk eenangi hadiah2 hebat

tarikh tutup penyertaan 31 januari 2015
hadiah-hadiah boleh diserahkan kepada tuan tanah satunokhtah dengan perasaan ikhlas
tanpa enyipan denda kesuat

lollss

*ini entry release tension keyboard rosak. hehehe

tiba-tiba
ujahid da pandai eniarap..yeyyy
*wif sepupu k.tiyah n k.farah*