Crot Cret Crot Cret

Cot cret cot cret..bunyi lagaan kasut di atas lantai lapisan kayu vinyl. Kadang kala berselang seli dengan suara pukulan dan jeritan. Namun bagai di dunia yang berbeza, aku terasing duduk di satu sudut. Membuka komputer riba lantas fokus menaip sesuatu persis wanita bekerjaya yang bekerja tidak mengenal waktu mahupun tempat.

Kadang kala pandangan mata di komputer dialihkan pada gelagat manusia di sekeliling. Mereka masih begitu fokus memukul bola kearah pihak lawan. Kadang kala mengutip bola yang tersasar dari pukulan. Yaaa..aku menyendiri. Masakan aku mampu berlawan dengan mereka yang bagiku lebih hebat. Terasa kerdil.

Jeda

Sekali lagi, keyakinan dikalahkan dengan perasaan rendah diri. Harus bagaimana aku harus mencorakkan jati diri ku? Harus bagaimana aku mampu teguh dengan pendirianku? Hidup bagai bola tangkis yang dipukul ke sana ke mari. Kadang kala jatuh menyembam bumi.

Jeda

Ah..miggir kamu sang perasaan. Kelemahan bakal merencatkan perjalanan. Perancangan, strategi harus diatur seiring dengan matlamat dan impian. Yahhhhhhh. Harus boleh!!!

Tiba-tiba pula sesi memuhasabah diri. Dah kenapa lah dengan Nafisah ni ye. Kikiki. Sengaja test skill menulis zaman dahulu kala saat suami dan kawan-kawannya bermain badminton. Kalau kat rumah, mau dah mata terlelap setelah selesai semua tugasan rumah.

Crot Cret Crot Cret sudah mula berkurang. Ramai yang kelelahan dengan permainan setelah bertukar ganti giliran. Nafisah pun ingin mengundurkan diri. Sekian sahaja untuk hari ini. Berjumpa lagi di next entry.

En.Suami kelelahan sudah. Mari kita pulang ^^

P/s:

-Mujahid sudah memulakan langkahan yang melebihi tiga langkah. Kalau tak, selangkah je menapak kemudian tunduk dan duduk semula. Haish. Macam Umi dia je. Kurang keyakinan. Mujahid boleh! Mujahid kan Mujahid. Sila contohi Abi.

-Kadang-kadang ternanti-nanti saat Mujahid mula berjalan dan berlari. tapi pada masa yang sama, berdebar pun ada. Nanti Umi dan Wan berkejaran nak suapkan Mujahid makanan dan berkejaran nak memakaikan baju. Hehe.

-If ada yang kata Mujahid lambat berjalan, Umi dia risau juga. Tapi orang lain pula kata, biar la lambat berjalan. Merangkak banyak-banyak pun takpe, bagus juga untuk perkembangan otak. Tapi jangan terlampau lambat la kan. Dalam range masa yang bersesuaian takpe.

-Nafisah dan suami sudah insaf melakukan house hunting. SPHS sudah memberikan lampu hijau. Makanya tinggal proses bersama Sterling Prima dan pihak bank. Moga urusan kami sekeluarga dipermudahkan Allah. Ameen~

2 comments:

Assalamualaikum, saya nak tanye berapa lama (bulan) puan dapat kelulusan dari pihak lphs untuk projek masreca??terima kasih..

 

@Suraya - Waalaikumsalam. Hampir 2 bulan lebih juga kami menunggu. Satu hari tu, dapat sms dari masreca jemput datang untuk cabut undi unit. Kami pun call la pihak Sterling, dan mereka mengesahkan sphs da luluskan permohonan. Alhamdulillah. =)