Misi Mencari Rumah 2

Eh..betul la. Kitorang dah berhentikan pencarian rumah sejak dapat call dari Masreca. Proses bank pun dah settle. Tengah tunggu stamping SPA je. Misi Mencari Rumah 2 ni berlaku sebelum dapat rumah masreca. Saje je post entry ni kot-kot boleh buka minda meraka yang ingin memiliki rumah kan.

Alang-alang berjalan pada ketika itu, kami sempurnakan misi sehingga ke Pajam, Negeri Sembilan. Konon nak bermimpikan rumah landed. Ada tanah ditepi untuk bercucuk tanam atau makan cucur ikan bilis dibawah pohon mempelam yang rendang sambil ditiup angin petang yang sepoi-sepoi bahasa. Oh..indahnya. Terasa macam kat rumah umi abi kat Ipoh pula. hahaha.

Mulanya kami ke Nada 2. Single story house, 4 bilik hanya RM300k++. Mana nak dapat kat area Selangor dan KL kan. Kami dah tak kisah dah kalau nak berulang alik ke KL walaupun jauh sikit kalau dapat landed house. Hoho. Design syiling yang agak tinggi, memang menampakkan keluasan la rumah-rumah Seri Pajam ni. Superb cantik.

Link: Nada 2 Website

Nampak tak disitu ketinggian syiling. Pengudaraan memang terbaik. Rumah tak panas.
Namun, pada ketika kami tiba di situ, tiada lagi rumah dengan harga sedemikian. Yang tinggal hanyalah rumah end lot harga RM400k++. Terpaksalah melupakan keinginan dan mimpi-mimpi. Sobsobsob. Keluar je ke jalan besar, terjumpa lagi satu perumahan bawah Seri Pajam. Jom singgah jom~

Namanya Town Villa, Citra Residency. Macam town house la. Bila dah tanya bermacam-macam persoalan..wah.. best jugak rumah ni. Harga pada bunting RM260k ++, unit yang kami tanyakan..harganya RM233k je hoccay. Masa kitorang tengok ni baru je proses sodok tanah dilakukan. Sekarang tengok website, harga dah RM290k++. Cepat tak cepat harga naik (menangis).

Design pada broucher
Apa yang best Citra Residency ni?


1. Keluasan 1030 sqft (besar kottttt)
2. Dekat sangat dengan exit tol Pajam
3. Dekat dengan KTM Batang Benar (so, kalau kije area KL..naik train kat sini belum jadi Sardin lagi)
4. Dalam kawasan ada Surau, dewan, kawasan jogging, taman
5. Ada balkoni dan yard
6. Dapur terpisah dengan ruang tamu (takde la segan nak memasak kat dapur bila ada tetamu)
7. SPA dan MOT developer tanggung

Tengok, ada balkoni, ada yard, dapur terpisah. Just nice
Lokasi kejadian
Kami pun serbu rumah contoh. 
Okay..simple calculation untuk rumah ni:

Harga RM 233k (unit intermediate tingkat 2 yang kami duk tanya2)

~ Macam biasa, 10% kene settle within tarikh yang dia bagi selepas sign S&P (RM 23.3k)

Kita tolak dengan:
1. Booking RM2 000 (if loan ada masalah, RM1.5k sahaja akan dipulangkan)
2. Discount Bumi 5% = RM 11 650


Baki yang perlu dicari:
RM 23 300 - RM 2 000 - RM 11 650 = RM 9 650 (Keluarkan dari akaun 2 KWSP)

Loan dengan bank: 90%


Settle ^^

Modal anda hanyalah duit booking RM 2 000 jika akaun 2 KWSP anda ada dalam RM 10k

Senangkan. Dah dapat sebiji rumah. Yeyyy

Sebenarnya..kitorang pun plan untuk dapatkan rumah ni. Tapi since dah dapat Masreca, of coz pilih yang mana paling dekat. Bye2 Citra Residency (menangis lagi). Beli satu-satu dulu la kan.

P/s -
1. Loan legal fee & loan stamp duty untuk rumah ni tanggung sendiri.
2. Insurance pun tak cover lagi (kalau pandai, deal dengan bank untuk cover insurance sekali)
3. Rumah ni dijangka siap May 2018. So, if loan anda lulus..perlu membayar kadar faedah mengikut progres rumah. So, bulan-bulan pertama mungkin akan bayar dalam RM100 ke RM300 dulu. Nilai ni akan meningkat dan meningkat sehinggalah rumah anda siap. So, awal-awal tu..takde la beban sangat kan? Boleh kumpul duit untuk insurance rumah dulu ke, loan legal fee ke, renovate rumah ke, perabot rumah ke? apa-apa la.

Okay. Sekian sahaja bebelan orang yang baru dapat ilmu. Hahaha. Sila bertanya yang lebih pakar untuk pertanyaan lanjut. Jangan percaya bulat-bulan ilmu di sini.


0 comments: