Update MASRECA 19

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Maaf dah lama tak buka blog dan menulis sesuatu. Hari ni semacam ada semangat pula nak update pasal MASRECA 19 pabila rata2 orang yang mencari info berkaitan dengannya singgah ke blog picisan ini (baca entry bertajuk MASRECA 19 rumah selangorku). Alhamdulillah kami telah selesai urusan2 yang sepatutnya dan sedang menunggu rumah siap. Tahniah juga kepada bakal2 jiran. Moga dapat hidup sebagai satu komuniti yang harmoni dan saling hormat menghormati harapnya =). Yang belum join private group MASRECA kat facebook boleh la berbuat demikian supaya setiap permasalahan dapat diselesaikan bersama.

Private FB Group: https://www.facebook.com/groups/554272681338888/

Alhamdulillah LPHS dah luluskan permohonan setelah hampir 2 bulan menunggu. Tak ingat bila, tapi melalui SMS. Seronok tak terkira rasanya. Dengan semangat terus arrange masa untuk ke pusat jualan Masreca bagi mencabut undi unit. Tapi nak dijadikan cerita, kami suami isteri tak cabut undi pun. Ada 4 unit rumah yang telah dibatalkan permohonan disebabkan masalah-masalah tertentu, oleh itu kami diberi pilihan untuk pilih diantara 4 rumah tersebut atau cabut undi. Lama kot kitorang bertegang urat lidah untuk membuat pilihan. Kalau cabut undi, berdasarkan nasib pulak kan. Akhirnya, dapatlah kami sebuah unit di blok A.

Itu la blok A..yeyyy
Sebelah kiri Masreca untuk Masjid, depan ke kanan tah untuk Universiti Madinah,
belakang untuk mengingati mati..tanah perkuburan 
(tengok full plan baru tau kot, sales person takkan la nak cakap kan)

Dapat no unit, bayar booking 3k dan apply loan. Siap!! Senangkan (ok, tipu je). Lepas bayaran booking, pinjaman rumah pun dah diluluskan, pemohon hendaklah menjelaskan baki bayaran dalam tempoh sebulan. Masa ni la akaun 2 KWSP menjalankan tanggungjawabnya menampung sisa2 baki yang tak cukup. Pun tak susah, mohon pengeluaran hari ni, dalam tempoh seminggu berkerja dah boleh dapat. Janji semua dokumen dilengkapkan la.

Bila semua settle, lawyer akan hubungi anda untuk temujanji perjanjian snp. Masa ni, tangan akan lenguh-lenguh bajet artis popular kene sign setiap muka surat perjanjian yang setiap satunya ada 4 salinan. Fuuuuhhhhhh~

24 Oktober 2015 ~ tarikh keramat. Da lama baru nak buat entry =P

Sampai buat macam rumah sendiri lah ^^

Sempat lagi berangan-angan. Hikhikhik

Habis sudahhhh.

 Lepas ni menabung sambil tunggu rumah siap pulak. 

P/s - Pemohonan pada tarikh 7/3/2016 masih dibuka tapi kelulusan bergantung kepada mereka yang membuat pembatalan unit. Boleh terus ke pusat jualan Masreca dengan borang yang telah dilengkapkan yeee

Progress setakat ini ^^
#taksabarnyeeee


6 comments:

mmg kena apply dekat pejabat dia ke? tak boleh apply dekat rumah selangorku?

 

@fana : Sis, better call 03-83119090 untuk tanya. Ni info yang saya dapat:

'Salam Sejahtera, Untuk makluman, tempahan unit Masreca 19 telah penuh ( fully booked), walau bagaimana pun Encik masih berpeluang dimana, terdapat jangkaan 20 pembeli yang masih belum mendapat pinjaman perumahan dan pembatalan unit masih berlaku. Sekiranya Encik berminat,sila tinggalkan No Tel. dan email address untuk penghantaran borang LPHS dan keterangan produk. Untuk makluman, kekosongan unit tertakluk kepada pembatalan daripada pembeli sedia ada dan kelulusan pembelian adalah tertakluk kepada keputusan pihak pengurusan Sterling Prima dan pihak LPHS.Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami secara terus di talian 03 8311 9090. Terima Kasih.'

 

Wah, berjiran la kita nanti... InshaALLAH... tak sabar jugak.. hihi

 

assalamualaikum future jiran...

 

@Munirah: InsyaAllah

@afeezz: Waalaikumsalam future jiran